Warga Emas Tinggal Sendirian Ditemukan Maut Dalam Kebakaran

Sharing is Caring!

JERAI 1 Ogos – Seorang warga emas maut dalam keadaan hampir rentung di rumahnya di Kampung Perupok, Yan dekat sini pagi tadi.

Mangsa yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tersebut, Lazim Talib, 80, ditemukan terbaring di atas katil di ruang tengah rumah oleh anaknya, Noraini Lazim, 58, yang memecahkan pintu dapur dengan bantuan sanak saudara serta jiran sekampung.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohd. Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu dari pihak polis kira-kira pukul 8.47 pagi.

“Sebaik saja tiba di lokasi, kami dapati kebakaran hanya melibatkan sebuah katil, tilam dan kelambu di ruang tengah rumah tersebut dengan mayat mangsa masih berada di atasnya.

“Ketika itu api sudah pun dipadam oleh penduduk kampung. Mayat mangsa yang mengalami kesan kebakaran tahap tiga kemudiannya dihantar ke Hospital Yan oleh pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan mangsa tinggal bersendirian di rumah tersebut.-UTUSAN ONLINE

Sumber : utusan

Sharing is Caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *