Upgrade Kenderaan 4 Tahun Sekali

Sharing is Caring!

Anda nak Upgrade Kereta baru 4 tahun sekali ?Cuba Gunakan kaedah ni
=================================

Buat pembiayaan kenderaan untuk tempoh pembiayaan 9 tahun sudah tidak relevan buat masa kini lebih-lebih lagi dengan 0% downpayment KECUALI anda nak upgrade kereta selepas 9 tahun atau Memang tak nak tukar Kereta lain . Depreciation value kereta hari ini makin Tinggi & cepat. Kebanyakan orang terbantut nak upgrade Kereta Hari ini disebabkan bila trade in kereta Kena tambah duit RM5,000- RM20,000 bergantung kepada jenis & jenama kenderaan. Puncanya adalah tempoh pembiayaan 9 tahun tidak selaras dengan penurunan harga kereta waktu ini ditambah lagi dengan kos GST.

Mungkin kaedah ini boleh diguna pakai.

Contoh:

Deposit : 10%
Tempoh pembiayaan : 6 tahun
Budget bayaran bulanan : RM600
Kereta : ??

KERETA PERTAMA – PROTON SAGA

Deposit 10% = RM3,680
Budget Bayaran bulanan : RM600
Harga Kereta = RM36,800
Jumlah pembiayaan = RM33,120
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun
Beli Kereta = New Saga 1.3 (A)✔️

Value Kereta Saga selepas 4 tahun = RM20,000
Baki hutang selepas 4 tahun = RM9,000

Refund cash selepas trade in = RM11,000

Katakan selepas 4 tahun gaji anda sudah meningkat , anda budget bayaran bulanan untuk kereta RM950. Kekalkan pembiayaan 6 tahun sahaja.

KERETA KEDUA – HONDA CITY

Deposit : RM11,000 (guna duit trade in Kereta saga)
Budget Baru bayaran bulanan = RM950
Harga kereta = RM76,000 – (discount RM7,000 ) = RM69,000
Jumlah pembiayaan = RM58,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 2.8% setahun.
Beli Kereta : Honda City 1.5 (A)✔️

Value Honda City selepas 4 tahun = RM45,000
Baki pembiayaan selepas 4 tahun = RM21,000

Refund cash selepas trade in = RM24,000

Selepas 4 tahun gaji meningkat lagi, budget bulanan anda untuk kereta RM1,350

KERETA KETIGA – FORD RANGER

Deposit : RM24,000 (Guna duit trade in kereta Honda City
Budget baru bayaran bulanan : RM1,350
Harga Kereta = RM108,000
Jumlah pembiayaan = RM84,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 2.6% setahun.
Beli Kereta = Ford Ranger 2.2 (A) XLT✔️

Lepas tu Kereta apa? Anda pilih la sendiri mengikut budget & kemampuan anda

*Kepada yang dah Habis bayar Hutang Kereta tidak mahu berhutang lagi, Itu mungkin yang Terbaik untuk anda.

*Kepada yang terus nak gunakan tempoh 9 tahun , Itu terpulang kepada anda, mungkin di situ keupayaan & keperluan anda.

*Status ini sekadar idea bagi mereka yang mahu upgrade kereta dengan cara yang lebih Baik .

1. Tidak perlu trade in Kereta dengan terpaksa menambah duit bila jumlah hutang melebihi value semasa kereta.
2. Tidak perlu mengeluarkan deposit dari cash sendiri. Hanya menggunakan value dari trade in kereta sebelumnya.
3. Deposit yang tinggi hasil dari trade in Kereta sebelumnya.

Boleh SHARE jika bermanfaat

-KEY-

khairul ezuwan

Sharing is Caring!