Latar belakang FSR Proton, Zhejiang Geely

Sementara Geely diterima menjadi rakan strategik asing (FSR) Proton dengan mengambil 49.9% pegangan, rakyat Malaysia masih ramai yang tidak mengenali siapa dan apakah latar belakang syarikat ini. Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd adalah sebuah syarikat automotif global, yang berpusat di Hangzhou, China.

Dalam portfolio jenama mereka sendiri, Geely mempunyai lebih 30 model kenderaan, namun yang disenaraikan dalam laman web mereka sekarang hanya ada 14 model yang terdiri daripada MPV, SUV, sedan mewah dan kompak. Antara nama modelnya adalah Emgrand, Boyue, MK Cross dan GC7. Pada tahun 2016 sahaja, Geely berjaya menjual 765,851 buah kenderaan, dan sasaran tahun ini diletakkan pada 1 juta unit.[...]

Teruskan Bacaan