Nadi Baru PDRM Musim 2018

Sharing is Caring!

PEMAIN Jepun, Shunsuke Nakatake menjadi nadi baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Bekas pemain Kuantan FA itu menandatangani kontrak bersama The Cops selama setahun bagi memperkasakan jentera tengah pasukan itu.

Jurulatih PDRM, Zulhamizan Zakaria berkata, pengalaman yang dimiliki pemain kelahiran Hokkaido itu ketika bersama The Seagulls selama dua musim sejak 2016 diyakini mampu memberi kekuatan kepada pasukan.

Beliau juga sedang berusaha mendapatkan dua lagi pemain import, seorang penyerang dan seorang pemain tengah.

“Saya harap dengan melengkapkan empat pemain import, The Cops akan lebih bertenaga bersama 21 pemain tempatan dalam meraih kejayaan bermakna pada musim 2018.”

Baru-baru ini, The Cops mengesahkan pemain import dari Mali, Souleymane Konate kekal bersama pasukan itu dalam mengukuhkan jentera pertahanan.

Khidmat pertahanan berusia 28 itu yang menyertai The Cops sejak 2016 tetap ditagih dalam usaha mengukuhkan kubu skuad itu ketika kontrak tiga pemain import lain tidak dilanjutkan. —hmetro

Sharing is Caring!