“Korban binatang adalah perbuatan yang tidak bermoral” – Hujah Siti Kasim

Sharing is Caring!

KUALA LUMPUR: Siti Kasim dalam ucapan selamat hari rayanya mendakwa bahawa al-Qur’an tidak pernah menyatakan mimpi Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya adalah dari Tuhan.

Menurutnya lagi, Tuhan tidak akan menganjurkan kejahatan dan hanya Syaitan yang menganjurkan kejahatan dan kemaksiatan. Siti Kasim berkata, “Quran tidak pernah mengatakan bahawa Tuhan menyuruh Ibrahim untuk membunuh (mengorbankan) anak lelakinya.

Quran tidak pernah mengatakan bahawa mimpi tersebut adalah dari Tuhan. Quran mengajar kita bahawa Tuhan tidak akan menganjurkan kejahatan (lihat 7:28 dan 16:90) dan hanya Syaitan yang menganjur kejahatan dan kemaksiatan (24:21).” “Tanggapan bahawa Allah mahukan kita melakukan perkara tidak bermoral adalah berlawanan dengan keadilan Allah,” katanya lagi. Siti Kasim berhujah bahawa Islam menuntut individu untuk mengorbankan ego dan kehendaknya sendiri sebagai jalan tunggal untuk mencapai tahap “lenyap dalam Allah”, sedangkan perbuatan mengorbankan makhluk lain adalah tidak bersumberkan kepada ajaran al-Qur’an.

Siti Kasim berkata, “Berkorban bukanlah rukun Islam. Islam, menuntut pengorbanan peribadi dan penyerahan sebagai hanya satu jalan untuk mati sebelum kematian dan mencapai “Fana” atau “lenyap dalam Allah”.” Beliau meneruskan, “Tanggapan mengenai “wakil bagi menebuskan dosa” (membebaskan dosa seseorang menerusi darah yang lain) tidak terdapat di dalam al-Qur’an.

Begitu juga dengan idea bagi meraih keredhaan dengan menawarkan nyawa orang lain kepada Tuhan.” “Dalam Islam, apa yang dituntut sebagai pengorbanan adalah kesanggupan individu untuk menyerah ego dan kehendak individu kepada Allah,” sambungnya lagi. Beliau mendesak umat Islam moden supaya mempersoalkan amalan korban ini secara serius kerana perbuatan ini hanya membawa kepada pertumpahan darah secara sia-sia dan menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar.

Beliau berhujah, “Sekiranya seseorang tinggal di kawasan beriklim padang pasir, dalam sebuah kampung kecil dimana memakan daging adalah realiti yang tidak dapat diubahkan dan merupakan perkara mustahak untuk terus hidup, maka isu untuk mengorbankan haiwan mempunyai konteks dan berkaitan.”

“Namun bagi kita yang tinggal di dunia moden, kita perlu mempersoalkan amalan ini secara serius dimana ia bukan sahaja telah kehilangan makna (dalam suasana kita sekarang ini), malah juga menyumbang kepada pertumpahan darah yang sia-sia dan kemusnahan alam sekitar,” desaknya lagi.

Sumber: Menara.my

Sharing is Caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *