Keluar Lagu, Vokal Sajat ‘Potong’ Mood Netizen?

Sharing is Caring!

TERDAHULU kita digemparkan dengan penghasilan single sulung pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida berjudul I Am Me yang mencecah 9 juta tontonan di laman Youtube.
Kali ini, seorang lagi pengasas kosmetik iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dilihat mengikut jejak Vida dengan turut sama menghasilkan single duet bersama usahawan, Nur Sajat.

Menerusi entri di laman Instagram, Aliff telah memuat naik satu video memaparkan beliau dan Sajat sedang merakamkan single terbarunya itu.

Memetik beberapa sumber, MYNEWSHUB difahamkan lagu berkenaan dirakam di studio milik komposer terkenal, Edry Abdul Halim.

Bukan itu sahaja, malah single berkenaan turut mendapat sentuhan daripada Edry sendiri yang juga merupakan penulis lirik bagi lagu tersebut.

“Berapa markah dengan vokal saya dan Sajat kalau 1-10 korang nak kasi?? Disebabkan ramai yg dah tak tahan nak dengar single saya featuring @nursajat02 saya kasi teaser skit yee..

“Harap-harap wife saya tak marah lah😂😂😂. . Ini baru teaser okey belum video muzik kita nak buat letopp lavel 
international tinggi.

“Secara Jujurnya payah sangat untuk menghasilkan lagu ini…Bayangkan sudah hampir enam bulan nak buat benda ni…Berbagai cabaran nak siapkan lagu ini akhirnya siap juga.

“Mana saya nak berlatih vokal untuk menghasilkan lagu ini lirik lagu ini diilhamkan untuk mereka yang bercinta untuk mereka yang berkasih sayang dan kasih supaya tidak berlaku curang kepada pasangannya.

“Semoga lagu ini dapat menceriakan hari anda..Tak sabar rasanya untuk saya post upload video music video terbaru ini di YouTube dan di TV dan radio korang kena requirts tau lagu ni nak masuk juara 
lagu.

“Nantikan fenomena sharekan rakan anda yang meminati lagu ini terima kasih😘😘 siapa nak saya uploadkan full versi lagu ni komen I di bawah please.

“Tag kawan korang peminat setia saya dan sajat😆😘 #jangankecamsaya Muzik dan vedio clip soon by @yusrykru akan uploadkan ya sebab saya talent krumuzik 🙏🏻🙏🏻 lirik @edryabdhalim kalau nak panggil buat show please booking yaa nak full dah untuk 3 bulan ni😂😂😂,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Posting yang mendapat lebih daripada 500,000 views itu dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang memuji suara Aliff tetapi mengkritik Sajat kerana berpendapat nyanyian usahawan itu merosakkan lagu tersebut.

Tidak kurang juga ada yang meminta mereka berdua untuk berhenti daripada terus menyanyi.

Hmmm…Dah dengar ke? Apa pula pendapat anda? Adakah lagu ini akan sama naik macam single Vida? Sama-samalah kita nantikan ye…– MYNEWSHUB.CC/AM

Sharing is Caring!