Genap 26 tahun, penghibur nombor 1 Asia telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya

Sharing is Caring!

Tanggal 22 Februari 1992 yang lalu, genap 26 tahun seorang insan yang pernah menghiasi industri hiburan tempatan satu ketika dulu pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Baru-baru ini, pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi telah memuatnaik gambar idolanya, Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad ke dalam laman Instagramnya.

Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil telah meluahkan perasaan sedih di dalam kapsyennya itu terhadap idolanya itu dan turut menggambarkan kehilangan idolanya itu tidak dapat digantikan oleh mana-mana individu pun setakat ini.

 

 

Pekongsian Datuk Aznil telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya turut terkesan dengan pemergiaan seniman itu. Mereka telah memberikan ucapan takziah diatas pemergian Allayarham Dato’ Sudirman, meskipun arwah telah meninggalkan kita pada 26 tahun yang lalu.

Kehilangan besar penghibur nombor satu Asia telah memberi kesan kepada industri hiburan tanah air.

Allahyarham meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang memberi kesan yang mendalam kepada Pak Nil dan masyarkat.

Pak Nil yang membesar dengan lagu-lagu arwah menyifatkan bahawa arwah seorang insan yang berbakat besar dan serba boleh dalam industri hiburan tanah air.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad yang telah meninggalkan kita 26 tahun yang lalu.

Detik yang bersejarah apabila Allahyarham Sudirman tampil memakai jubah Bendera Malaysia yang berukuran 120 meter panjang sewaktu acara penutup Sukan SEA ke-15 Kuala Lumpur pada tahun 1989 di Stadium Merdeka sambil diiringi oleh atlet-atlet sukan negara.

OMM

Sharing is Caring!