Pengaruh liberalisme merebak umpama kanser di negara Islam

PEMIKIRAN golongan liberal berkiblatkan Barat yang sama ada sengaja atau tidak, seringkali cuba mengelirukan masyarakat Islam dengan hujah kelihatan bernas tetapi bertentangan dengan agama. Contohnya kewajipan menutup aurat atau menunaikan solat sering diperkotak-katik malahan ada puak liberal yang mengaku Muslim dengan berani mendakwa mereka mempunyai hak untuk mentafsir al-Quran mengikut logik akal mereka.[...]

Teruskan Bacaan

Perbezaan Zakat Dan Sedekah Yang Sering Menjadi Kekeliruan Masyarakat

Sebut sahaja tentang sedekah mungkin ramai daripada umat Islam yang sudah faham iaitu mengeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Tahniah diucapkan buat umat Islam di Malaysia yang sangat prihatin dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan dengan cepat apabila berlaku sebarang musibah.

Anda boleh lihat situasi yang sama ketika musim Hari Raya Qurban dimana umat Islam berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah Qurban sehinggakan menjadi lambakan agihan daging sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam pada itu, tahukah anda apakah yang membezakan Zakat dan sedekah? Sesungguhnya terdapat pentafsiran yang berbeza antara derma, sedekah, Zakat atau apa jua nama pemberian yang diberikan kepada orang yang memerlukan. Kami akan kupas dengan lebih lanjut dengan perbandingan dibawah.

Apa yang membezakan Zakat dan sedekah Zakat

Zakat-main

Zakat bermaksud suci, subur dan berkembang. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.

Hukum Zakat adalah wajib buat umat Islam dan juga merupakan rukun islam ketiga sebagai langkah untuk menyucikan harta. Apa yang membezakan Zakat dan sedekah adalah Zakat mempunyai kadar yang tertentu dan masa untuk dikeluarkan iaitu setahun sekali.

Buat muslimin dan muslimat yang berminat untuk mengetahui berapakah jumlah yang diperlukan untuk mengeluarkan Zakat, anda boleh klik disini untuk ke laman web Zakat Wilayah yang menyediakan kalkulator Zakat. Untuk pengetahuan anda, Zakat mempunyai kadar 2.5% dan tempoh untuk dikeluarkan iaitu setahun.
Sedekah
Perbezaan Zakat Dan Sedekah

Sedekah berasal daripada perkataan bahasa Arab sadaqoh yang bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Berbeza dengan Zakat, hukum sedekah adalah sunat. Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika tidak dilaksanakan.

Selain itu, orang ramai berpeluang untuk melakukan sedekah pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Perkara ini yang membezakan Zakat dengan sedekah dimana Zakat ditunaikan apabila cukup haul dan nisab kepada 8 asnaf  iaitu penerima Zakat.

Kesimpulannya, sebagai seorang Islam yang telah mencukupi syaratnya maka wajiblah kita menunaikan Zakat disamping itu kita banyakkan sedekah sebagai amalan sunat. Untuk mendapatkan kefahaman dengan lebih lanjut, jom tonton penerangan daripada Ustaz Don Daniyal ini.

Sumber : thevocket

Teruskan Bacaan

Isu Pesta Arak: Zaid Ibrahim, Mufti Perlis ‘Bertikam Lidah’

KUALA LUMPUR – Susulan tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017 diadakan pada bulan depan, ramai pihak tanpa latar belakang agama tiba-tiba muncul jadi ‘ulama segera’.
Penganjuran pesta selama dua hari bermula pada 6 Oktober itu sebelum ini dibantah keras oleh PAS yang turut menggesa semua mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada pihak kerajaan.[...]

Teruskan Bacaan