Bimbang Pulau Pinang Dilanda Banjir Lagi

Sharing is Caring!

GEORGETOWN: Hujan lebat selama beberapa jam mencetuskan kebimbangan mengenai banjir akan berulang lagi di Pulau Pinang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Khamis memberi amaran bahawa Sungai Pinang telah mencecah paras bahaya dengan air setinggi 2.2 meter.

Air pasang juga dijangka membawa kepada banjir kilat sekiranya hujan berterusan.

Sementara itu, satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Baru, Balik Pulau menyebabkan laluan ke Bayan Lepas, Bukit Jambul dan Sungai Ara terputus.

Beberapa kejadian tanah runtuh juga dilaporkan di Batu Feringhi dan Balik Pulau.

Trafik turut dilaporkan sesak pada Rabu dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menuju Jambatan Pulau Pinang dengan kesesakan sejauh empat kilometer.

Pada 15 September lalu, hujan lebat mengakibatkan banjir kilat terburuk dalam tempoh 20 tahun sehingga menyebabkan orang ramai panik.

Sumber :  mstar

Sharing is Caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *