Beri Ghadar peluang

Sharing is Caring!

Sejak menyertai pasukan Kelantan buat kali keempat, Mohammed Ghaddar dilihat bergelut untuk mencapai prestasi terbaik beliau. Setakat ini, Ghaddar masih lagi gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam saingan Liga Super. Adakah Ghaddar perlu digugurkan atau pasukan perlu memberi lebih peluang kepada beliau ?

Ghaddar dibawa masuk pada awal musim ini bagi digandingkan dengan penyerang sedia ada ketika itu, Bruno Lopes yang dilihat gagal untuk menunjukkan prestasi terbaik. Apabila Bruno dilepaskan, Ghaddar kemudiannya diberi tanggungjawab sebagai penyerang utama pasukan.

Namun, Ghaddar dilihat sedikit bergelut untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga. Satu-satunya gol yang berjaya dijaringkan oleh beliau ialah ketika Kelantan tewas kepada PKNS FC dalam saingan Piala FA. Prestasi semasa Ghaddar nyata jauh berbeza dengan prestsi beiau musim lalu.

Musim lalu, Ghaddar sememangnya menjadi bersama Kelantan, terutamanya dalam saingan Liga dimana beliau berjaya menjaringkan 18 gol pada separuh masa pertama Liga Super 2017. Prestasi cemerlang Ghaddar menarik minat JDT untuk mendapatkan khidmat beliau. Bersama JDT, Ghaddar hanya mampu menjaringkan 5 gol.

Kami berpendapat Ghaddar boleh diberi lebih peluang dan kepercayaan untuk beliau mendapatkan semula sentuhan berbisa seperti sebelum ini. Pasukan Kelantan juga baru menjalani satu perlawanan dibawah bimbingan Fajr Ibrahim. Jadi, Ghaddar perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan.

Dan jika Kelantan mahu mengukuhkan barisan serangan mereka, pengurusan pasukan tidak perlu jauh-jauh untuk mencari pemain kerana penyerang yang dipinjamkan ke MISC-Mifa, L’Imam Seydi dikhabarkan bakal dipulangkan ke Kelantan pada jendela perpindahan kedua nanti. Jadi Fajr mempunyai pelbagai pilihan disitu.

Apa pendapat anda mengenai prestasi semasa Mohammed Ghaddar yang dilihat sedikit bergelut untuk menjaringkan gol setakat ini ? Wajarkah beliau diberi lebih peluang untuk mengembalikan prestasi seperti sebelum ini ?

Atau, Mohammed Ghaddar harus digugurkan bagi memberi laluan kepada penyerang import yang lebih baik untuk mengisi barisan serangan pasukan Kelantan ?

Sumber : inikanbola.my

Sharing is Caring!