Bayi Lecur Di Muka Selepas Ditinggalkan Ibu Sendirian

Sharing is Caring!

AKIBAT kecuaian ibu, si anak menanggung penderitaan. Seorang bayi berusia lima bulan mengalami lecur yang teruk di bahagian pipi setelah terjatuh di atas dapur yang menyala, selepas ditinggalkan sendirian di rumahnya di China.

Kecederaan itu memerlukan pembedahan dan ia hanya boleh dilakukan selepas luka di sebelah mukanya itu pulih.

Ketika kejadian dia ditinggalkan sendirian oleh ibunya.

“Dia sedang tidur ketika saya tinggalkan rumah untuk bekerja. Apabila saya balik, saya melihat anak saya berada di atas dapur yang menyala yang diletakkan di sebelah tilam,’’ kata ibunya.

Wanita itu memberitahu dia menyalakan dapur berkenaan untuk memanaskan rumah itu memandangkan suhu ketika itu adalah -10 darjah selsius.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr Kang Hongguang, rawatan kecemasan telah diberikan kepada bayi terbabit. – Mynewshub.cc

Sharing is Caring!