‘Aleesya Tak Sabar Menanti Adik!’ – Ucapan Erra Fazira Kepada Engku Emran & Bella

Sharing is Caring!

Semalam pelakon dari Indonesia yang popular dengan filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella selamat diijabkabulkan dengan Engku Emran dalam satu majlis tertutup yang diadakan di ibu negara.

Engku Emran sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aleesya. Mereka berdua bagaimanapun bercerai pada 2014. Berikut ucapan Erra Fazira kepada Engku Emran dan Bella.

Kalian sentiasa dalam doaku

Alhamdulillahhhh.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian.. moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin. .

Anakanda ku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buat mu sayang.. Moga menjadi anak yg solehah dan punya jati diri yang disenangi dan dsayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat. Love you so much my love!!! ???.

Kepada pasangan mempelai ee dan bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik.. ?? Kalian sentiasa dalam doaku.. CONGRATULATIONS AGAIN!! Muahhhhh

Moga perkahwinan pasangan ini kekal hingga ke anak cucu! Erra Fazira pula bila lagi?

Sumber : Erra Fazira & ohbulan

 

Sharing is Caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *